:::Ahlan Wa Sahlan / Welcome To DPP RAUB BLOG:::

::: Gunakan Mozila Firefox Browser ::

Terkini Dari DPP Raub.....

>> Wednesday, September 16, 2009

Maaf blogmaster lama menghilang ...insyallah ...Blog Dpp Raub akan kembali ....memaparkan isu-isu terkini politik tanah air

Terkini Dari DPP Raub:


14 FEB- Sekretariat Dewan Pemuda Pas Zon Pahang Barat ( Raub, Bentong, CH, LIpis dan Jerantut telah berjaya menjalankan program Tamrin Qiadi bertempat di Lata Lubuk Semak, Pulau Chekas, Ulu Dong pada 13& 14 Feb 2010. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai oleh lebih 30 peserta dari setiap kawasan.DPP Kawasan Raub telah menghantar seramai 9 peserta. Antara aktiviti yang menarik adalah sukan air, futsal qiadi, dan mandi-manda. Semua peserta amat berpuas hati walaupun masa agak terhad. Program yang 'dirasmikan' oleh YDP Kawasan Raub itu perlu diadakan dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi tarbiyyah di kalangan pimpinan pelapis.

Read more...

UmnOOO ....Usah Bermimpi Laaa..

>> Tuesday, June 23, 2009


Kepada UmNOO ....nantikan gelombang di Manek Urai !!!!

Read more...

Tuan Guru Nik Aziz Tetap Menjadi Pujaan Hati ku!!!

>> Thursday, June 18, 2009






Read more...

Jangan Percaya Provokasi!!!!!!!!

>> Wednesday, June 17, 2009


Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia

KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia
bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam
oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit
mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

Read more...

Macam Permainan Bola Sepak Plak ....

>> Monday, June 15, 2009

terkini:

>>>Nizar, 6 MP digantung sidang parlimen<<<

Tujuh ahli parlimen Pakatan Rakyat , termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Jumlah tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mereka juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai)dan Dr. Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.

Read more...

Terkini:Projek INFAK:Projek Tapak pejabat Kompleks MTD Raub Bandar,Sempalit Dan Sempam

>> Saturday, June 13, 2009

Projek Infak ini sedang mencari penyumbang dana dari seluruh Malaysia yang berminat untuk berinfak .Projek ini akan dijalankan di Raub Pahang .Tanah yang akan dibina seluas 2 Ekar Setengah.

Lokasi : Di Kampung Melayu Sempalit 200 Meter Berhampiran dengan laluan utama By Pass laluan utama ke Kota Bhahru .

Projek ini sedang mencari penginfak tetap

MTD Tras Raub Pahang sedang mencari Penginfak tetap .Jadi Pembaca dan pengunjung Blog DPP inilah masa dan ketika untuk kita berbakti bukan sahaja kepada parti tetapi kepada agama kita .Takbir.

Pejabat komplek yang akan dibina kelak ialah antarnya bangunan PASTI ,2 buah kedai serta pejabat pentadbiran MTD TRas yang terdiri dari Raub Bandar,Sempalit dan Sempam,Raub Pahang

MTD Tras,Sempalit dan Raub Bandar amat-amat mengalu-alukan semua pengunjung blog ini dapat menambah dana akhirat demi kesejahteraan semua .

JIka sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila Hubungi Tengku Amir di talian : 019 - 9322828.

Read more...

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI YEK ORANG-ORANG RAUB

>> Friday, June 12, 2009



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © PAS Kawasan Raub Blogmaster Dewan Pemuda PAS Raub 2009 "Gemilang Islam Dibawah Kepimpinan Ulamak

Back to TOP