:::Ahlan Wa Sahlan / Welcome To DPP RAUB BLOG:::

::: Gunakan Mozila Firefox Browser ::

Terkini Dari Penanti ...Reformasi !!!! Takbir !!!!! Makkal Sakhti !!!!!!...Kemenenangan Yang Sudah Dijangka (PENANTI)

>> Sunday, May 31, 2009

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam...(Sumber Malaysiakini)



Ulasan:
Kemenangan Yang Sudah Dijangka ...Hehehehhe ....ilang lagi duit pertaruhan aku ....sedekah kat blogmaster beli laptop baru baguih jgak ....dah la laptop hard disk konggg nih.....tolong sesape ade nak bagi blogmaster duit nak beli laptop baru ....hehehehe.....kak min bleh tolong kee

Read more...

Takbir!!! Pas Pahang Hantar Pejuang Ke Manik URai

PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS.

"Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya.

Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS Pahang telah mengarahkan PAS kawasan-kawasan menyediakan petugas untuk berjuang di Manek Urai bersama petugas dari negeri-negeri lain.

"Kita menjangka kira-kira 300 orang anggota parti akan bertugas di Manek Urai itu mengikut giliran yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Negeri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan beliau untuk Muktamar PAS Pusat di mana beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

"Perwakilan bebas memilih dan dipilih, kita tiada apa-apa kempen untuk merebut jawatan (walaupun kempen itu dibenarnya selagi ia berada diatas landasan yang sihat).

"Saya menerima pencalonan kerana menghurmati hasrat kawasan-kawasan yang mahukan saya bertandang jawatan berkenaan dalam muktamar kali ini," ujarnya.

Selain Tuan Ibrahim, dua lagi tokoh PAS Pahang yang bertanding di peringkat pusat ialah Ustazah Azizah Khatib Mat dan Dr Hamzah Jaafar.


Read more...

Terkini Dari Penanti

>> Saturday, May 30, 2009

Poster calon PKR dikoyak. Poster Kak Min dinaikkan setinggi tiang letrik di kawasan selekoh Sekolah Menengah Guar Perahu.sumber malaysiakini

Read more...

Renungkan Kata TOK PA ni..

JANGAN PANDANG RENDAH KEKUATAN BN DI MANEK URAI – MUSTAPA - berita hairan


Barisan Nasional akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Julai ini, namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah. 

Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Mustapa Mohamed, berkata walaupun BN turun selaku ‘underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu. PANDANG RENDAH ?... kah kah kah..

Ulasan:


ambo  doh  bose mu tahu dok ....denge apo hok mu kecek tu  mu kalu kecek gege soo  malesiaaa....
rakyat tok buto doh lo ni..rakyat koho banyok doh hok celik mato..celik it...celik buku...celik agamo ....sene bahaso laa celik belako doh .....sene royak rakyat doh ngaji doh ....mu kecek la gapo pung ...doh kalu oghe benci ...oghe benci belako...perkataan mu oghe benci....muko mu oghe benci.....badan mu oghe benci ..jadi belako2 ohghe benci...(mintak maaf kepada orang kelantan kalu saya melakukan kesalahan tatabahasa bahasa kelantan)....

Read more...

ReZeki Jangan DiTolak Musuh Jangan Dicari >>>.hehehehe

Kepada Penduduk Manik Urai kalian akan dapat durian runtuh ..hehehe ,jika ade rumah kosong,bilik kosong tin kosong segala-segala yang kosong apa lagi sewakan bagi je sewa kat gerombolan uMNOOO dan Bee END .........Tapi ingat pesan Tokguru...Orang beri kita ambill .bile pangkoh ...Pangkooohhhh Bulan dehhhh..... Takbirrr!!!!!pesanan kepada petugas-petugas PAS dan pakatan rakyat d Manik Urai nanti ...bertugas lah kita dengan bersungguh -sungguh demi PAS yang tercinta .....Salam Semua.....Takbir!!!

 

Read more...

Terkini Dari DPP Raub

Kepada seluruh penyokong pakatan rakyat Raub dan seluruh pengunjung Laman Blog DPP Raub ini ...Jika ada kelapangan waktu dan ketika sila ke Pautan  Laman Rasmi PRK N41 Manik Urai di menu tepi......Dan Blogmaster juga akan melaporkan perkembangan dari masa ke semasa.TAKBIRR !!!

Read more...

Aku ,Dia dan Wang.....

Pada suatu hari  nabil dan beberapa pemuda berbaju ijauuu sedang minum kupiii(kata orang dong raub pahang) disebuah restoran(nama dirahsikan) kang SB carik plak hehehehe.....sedang asyik minumm...datang sahabat lama yang berbaju keris bersilang ....(hehehehe)datang melepak jugakk nak minummmm bayuk(kata orang banjar)tetiba PEMUDA berbaju keris bersilang berkata kepada pemuda berbaju ijau (ada lambang x silap kawan ada lambang bulan) hehehehe..."aku x sangka la dalam pemilihan PAS ada politik wang "ermmmmmm jawab pemuda berbaju ijoooo ...."mung doh lame ke kenaaal PAS atau mung dok bacee  harakahh?"atau mung bace berita hairan n utusan meloyaaa jeee kata pemuda berbaju ijauuuu.... x dok laaaa ulamak PAS dok same dengan ulamokkk mung hehehhe(jangan marah )pemuda berbajuuu keriss...gini laa guu ....x dok langsung politik wang nih dok supeee mung(pemuda bebaju keris)....aku nak ask u something ....i nak tanyerr u ..u kenal x umno ?tanyer pemuda berbaju ijauu kepada pemuda berbaju keris..jawab pemuda berbaju keris "of course la i kenal" betul ke tanye pemuda berbaju ijauu apa jadi pada ANwar,zaid ibrahim dan lain2 lagi setelah mereka keluar (ditendang)dari UMnooo .....UMnooo tidak kenal mereka kan......so  mung fikir sendiri laaa!!!! terdiam seketika pemuda berbaju keris ....lalu topik ditukar kepada topik BOLA  ......


"So U All Fikir La Sendiri"....Takbir!!!! Reformasi !!!!! Makkal Sakhti!!!!

Read more...

Terkini !!!Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Dun Manik URai

>> Friday, May 29, 2009

KUALA KRAI, 28 Mei : - Suasana pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai kini semakin rancak. PAS akan melancarkan jentera kempennya hari ini di Kampung Manek Urai Baru. 

Pelancarannya dijangka disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 3 petang bertempat di bangunan Pasti. 

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebelum itu Menteri Besar akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Laloh. 

"Pada pelancaran jentera tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian pampasan skim Takaful Kifalah kepada 50 keluarga warga emas yang telah meninggal dunia," katanya di sini. 

Sementara itu Umno juga mulai berkempen dengan naik turun rumah penduduk. 

Seorang penduduk di Kampung Chuchuh Puteri mendakwa petugas Umno terbabit menawarkan mesin menebas dan pam racun secara percuma kepada mereka. 

Katanya, penduduk juga dijanjikan dengan pelbagai bantuan lain dengan syarat memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan. 

Hari penamaan calon pilihan raya tersebut pula pada 6 Julai. Pilihan raya terbabit diadakan berikutan kematian Adun, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.


(Berita asal harakahdaily dan cinaislam)Terima kasih ...Takbir!!! Reformasi !!!!! Makkal Sakhti!!!!

Read more...

Renungkanlah Ayat Al-Quran Ini ....Renung-renungkan Selamat Beramal

[188] Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

[189] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.

Read more...

PRK Manek Urai!!!!

>> Thursday, May 28, 2009

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pula pada 14 Julai.

Semua Petugas-petugas Pakatan Rakyat seluruh Malaysia marilah kita bersatu tenaga menumbangkan UMNOOOOO dan Be End Di Manik Urai Takbir!!!

Read more...

Perhatian !!!!!! Renungan Kepada Pemuda Seluruh Raub Dan Pemuda Malaysia Yang Beragam Islam

Ashabul Kahfi; tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

  1. Untuk mengabdikan diri kepada Allah
  2. Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
  3. Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;
  • Iman yang mantap di dalam jiwa
  • Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya
  • Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu.
  • Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
  • Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.

Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.

Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;

  1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim
  2. Yakin kepada diri sendiri
  3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
  4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
  5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
  6. Sanggup berkorban
  7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
  8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun.


Read more...

SPR tentukan tarikh PRK Manik Urai Hari ini 28 Mei 2009

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini menentukan tarikh pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

SPR akan mengumumkan tarikh menjelang tengah hari ini.

Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Ismail Yaacob Jumaat lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timblan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut terdiri daripada DUN Dabong, Guchil serta Mengkebang. Mstar.

Read more...

Gambar Sekitar Ceramah Di Wisma DAP Perak


Gambar sempena Program ceramah di Wisma DAP sempena Program Puasa Sunat dan Mogok lapar mendapat sambutan luarbiasa penyokong Pakatan Rakyat pelbagai bangsa sehingga kehadiran tidak dapat ditampung oleh ruangan wisma yang agak kecil menyebabkan melimpah sehingga kebawah. Setiausaha DAP Perak yang juga MP Taiping , Nga Kor Ming menyalahkan pihak keselamatan yang tidak membenarkan program tersebut ditempat terbuka namun hanya dapat dilaksanakan dengan aman ditempat yang sempit itu.27 Mei 2009








Read more...

Pemerintahan>>Hamba ALLAH ini...

Kepada Hamba ALLAH  ini .laksanakanlah pemerintahan dengan adil lagi saksama.Sesungguhnya andalah pemimpin yang diamanahkan dan diangkat oleh rakyat untuk memimpin rakyat jelata dan golongan marhaen.Jika amanah ini tidak dilaksanakan dengan betul ,sesungguhnya balasan ALLAH akan menanti disana nanti.Jangan kita lupa dan lalai bahawa ALLAH s.w.t senantisa memerhatikan kita ,malaikat dikiri dan kanan kita senantiasa menulis amalan kita  tanpa diberi rasuah sedikitpun..untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.Sesungguhnya kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan dan kekadang kesilapan dan kesalahan itu mematangkan kita ,tapi perlu diingat jika kesilapan dan kesilapan itu dilakukan secara terus -terusan adakah kita dikira matang atau dengan bahasa kasarnya bengong atau babel...sendiri mau ingat la...lu fikir la sendiri yek ......Takbir!!!!

Read more...

Renungkan Saudara-SaudaraKu ......Jika Mahu Lihat Jenayah Berkurangan Dinegara Kita Renung2kan Selamat Beramal

>> Wednesday, May 27, 2009

Read more...

Pelancaran Mogok Lapar - Pesta tangkapan oleh pihak Polis - 26/05/2009

Read more...

Temubual Eksklusif Dato Seri Nizar - Keputusan Mahkamah Rayuan 22/05/2009(Tidak Disiarkan Di TV3 dan stesen TV lain)

Read more...

Sekitar Penamaan Calon Di PRK N12 Penanti

Read more...

Video Mengenai Mogok Lapar Desak Bubar Dun Perak

Read more...

Gambar selepas pelancaran Puasa Sunat dan Mogok lapar.



Cek disumbangkan oleh  DAP perak untuk kos jika plihanraya kecil PERAK berlaku 




Read more...

Terkini Dari Penanti

Terbaru di Penanti hari ni ialah parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR telah mengeluarkan arahan kepada PKR supaya menurunkan semua bendera-bendera dan bahan-bahan kempen pilihanraya mereka yang ditempatkan di hadapan pejabat UMNO Semambu.

Yang baguihnya ialah HANYA PKR SAHAJA menerima arahan sedemikian manakala calon bebas DIKECUALIKAN dari arahan sedemikian.

Buat masa ni sedang berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pejabat UMNO Semambu kerana sukarelawan-sekarelawan Pakatan Rakyat enggan menurunkan bahan-bahan kempen tersebut manakala parti komponen Barisan Nasiyonal iaitu SPR sedaya upaya berkerjasama dengan para Paria-Paria UMNO cuba mengalihkan kesemua bahan-bahan kempen tersebut.

Akku cadangkan supaya SPR ikut bertanding dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti lepas tu SPR bolehlah wujudkan bermacam-macam lagi undang-undang dan arahan-arahan pelik ikut kepala bapak pengerusi SPR.-Rujukan dan sumber dari perisik-rakyat

Read more...

Propaganda Sedang Berleluasa Di Penanti


Agenda propaganda sedang berleluasa di DUN Penanti .Lihat Gambar diatas  dan anda berhak memikirkannya dan renungkan


Read more...

Kehancuran Demokrasi... Lu Pikir La Sendiri

Read more...

HIMPUNAN DAN KONVENSEN KELAB PENYOKONG PAS

>> Tuesday, May 26, 2009

Read more...

CERAMAH MENGENAI KEMELUT POLITIK DI PERAK

Syabas kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang yang telah dengan jayanya mengadakan Forum Perdana – Bual Bicara Peguam pada 23/5/2009 diPejabat MTD PAS, Dong, Raub, Pahang Darul Makmur.

Walaupun hujan turun selebat-lebatnya dari pukul 7.30 malam, namum semangat ahli-ahli panel yang terdiri daripada Sdr Hanipa Maidin (PAS), Sdr YB M Kulasegeran (DAP) dan saya tidak luntur, walau sedikit pun.

Selepas makan malam jam lebih kurang 9.00 malam dirumah Tengku, kami terkejut apabila melihat kehadiran lebih kurang 600 tetamu dari Dong dan kawasan sekitaran memberanikan hujan yang mula renyai. Jumlah telah meningkat ke lebih kurang 1,000 orang apabila hujan berhenti. Dalam jangkaan kami, sekiranya hari tidak hujan, ada kemungkinan jumlah tetamu yang hadir boleh menjangkau 2,000 orang.

Mungkin kehadiran orang ramai, walaupun hujan, adalah untuk mendengar sendiri kedudukan politik Negara, khusunya diPerak, dari prespektif ketiga-tiga peguam yang mempunyai latar belakang politik berbeza namum semangat perjuangan serta visi yang sama.

Forum telah dimulakan dengan mukadinah oleh Sdr Mohd Fadzli bin Mohd Ramli. Seterusnya saya telah diberi peluang untuk mengatakan serba sedikit, dari sudut pandangan saya, siapa atau apa sebenarnya yang telah mencetuskan kemelut politik diPerak.

Forum diteruskan dengan sedikit keterangan akan kedudukan DUN Perak oleh Sdr YB Kula dan seterus Sdr Mohd Hanaipa telah memberi taklimat atas apa yang sebenarnya telah berlaku diMahkamah Rayuan dalam kes Mohd Nizar lwn Mohd Zambry.

Isu-isu seperti isu rampas kuasa diPerak, salahguna kuasa oleh BN, pengaruh tak wajar oleh BN keatas institusi kehakiman dan polis serta agensi-agensi kerajaan telah dibincang dengan hangat.
Dalam masa yang sama satu video yang dirakam dalam DUN Perak juga telah dipertontonkan agar hadirin tidak terpengaruh dengan video yang telah disunting dan diedarkan oleh UMNO baru-baru ini.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © PAS Kawasan Raub Blogmaster Dewan Pemuda PAS Raub 2009 "Gemilang Islam Dibawah Kepimpinan Ulamak

Back to TOP