:::Ahlan Wa Sahlan / Welcome To DPP RAUB BLOG:::

::: Gunakan Mozila Firefox Browser ::

Marilah Merenung Sedalam-Dalam Apa Yang Tuan Guru Nik Aziz Cakap!!!!!!

>> Friday, June 12, 2009

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin PAS dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya. Mstar.


Kepada semua pembaca sila komen ......


Tuan Guru Nik Abd Aziz Memuji YB Khalid Samad
HARAKAH keluaran terbaru hari ini menyiarkan wawancara bersama Mursyidul Am Pas Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang telah menjawab berbagai persoalan kontroversi semasa Muktamar Pas baru-baru ini. Saya tertarik dengan pujian yang diberikan oleh Tuan Guru terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Abdul Samad yang berucap selaku perwakilan dari Shah Alam pada muktamar tersebut. (ikuti sedutan ucapan di sini 1 dan 2)Tuan Guru memuji beliau kerana meskipun beliau tidak mempamirkan sebarang bentuk pakaian seorang Ulamak seperti berserban dan berkopiah, namun ketajaman pemikirannya serta hujah-hujah beliau adalah hujah seorang Ulamak. Hujah yang dipenuhi dengan fakta, nasihat serta peringatan terhadap sejarah-sejarah Islam untuk dijadikan pedoman buat Pas, meskipun ucapan YB Khalid kelihatan penuh emosi dan bersemangat. Sememangnya emosi dan semangat beliau bertempat kerana terlalu sayangnya beliau kepada Pas walaupun beliau dilucutkan jawatannya di dalam kepimpinan Pas di Selangor. Teguran beliau terhadap kepimpinan Pemuda Pas juga bertepatan apabila kelihatan nada ucapan Pemuda seiring dan seirama dengan Pemuda Umno. Meskipun YB Khalid MP dari Selangor iaitu sebuah negeri yang kini boleh dikatakan selamat buat PR dan Pas, tetapi beliau terlalu mengambil berat dan prihatin terhadap kezaliman yang berlaku terhadap PR di Perak.Baru-baru ini, rancangan Hujah terbitan TV9 yang menampilkan beliau bersama MB Pahang jelas menampakkan beliau mampu berhujah dengan baik dan tenang sekali. Pas amat beruntung mempunyai tokoh seperti ini walaupun bak kata Tuan Guru Nik Aziz susah untuk melihat YB Khalid memakai kopiah atau bersongkok. Penampilan beliau di Parlimen juga amat bermakna sekali dan beliaulah di antara yang berani dan lantang mencabar MP Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali tatkala Ibrahim Ali memperlekehkan Pas. Beliau tetap akan membela Pas walau di mana beliau berada, itulah kelebihan MP Shah Alam ini.Mungkin nasib tidak menyebelahi beliau dan mungkin beliau juga tidak terlalu gila kepada jawatan, maka Pas masih belum bersedia untuk menerima YB Khalid berada di dalam jawatan penting di dalam Pas. Itu tidak mengapa, asalkan beliau berupaya membantu Pas dari luar agar sentiasa berada di landasan yang betul. Di sebalik ketegasan beliau, YB Khalid adalah seorang yang boleh menerima pandangan orang lain serta bersikap terbuka. Sikap yang suka berterus terang dan tidak `membaling batu sembunyikan tangan' menjadikan YB Khalid adalah salah seorang pemimpin muda di dalam Pas yang mempunyai harapan yang cerah untuk memimpin Pas di peringkat tertinggi nanti.Harapan kita agar beliau terus istiqomah di dalam perjuangannya. Doa kita agar beliau tidak putus semangat untuk terus menegur kepimpinan yang ada ketikanya terlena dan terbabas dari perjuangan. Benarlah kata Mursyidul Am, Ulamak dan profesional saling berganding bahu untuk memperkasakan perjuangan, dan contoh serta bukti yang boleh kita lihat di dalam Pas sekarang adalah orang seperti YB Khalid ini.

Ulasan:

U Memang Power Bro !!!!Gua ikut perkembangan lu dah lame Bro Khalid.....Abang lu orang UMnOOO u plak PASSS memanggg lu Best broooo....lu pimpin la generasi muda untuk bersama dengan PAS ......budak2 muda sekarang biler tgk orang pakai serban jubah diorang takut....bukan gua nak kutuk orang pakai serban jubah .....gua nak citer senario budak2 muda sekrg...gua punb pakai serban jugak ....dan kopiah jugak .....no hal nyeee...tp kena ade orang2 dari PAS yang bleh tarik orang muda ...mat2 rempit ....sokong PAS ...gua dulu respek same itu USt aKHIL HAYY .....OK LAA....

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © PAS Kawasan Raub Blogmaster Dewan Pemuda PAS Raub 2009 "Gemilang Islam Dibawah Kepimpinan Ulamak

Back to TOP