:::Ahlan Wa Sahlan / Welcome To DPP RAUB BLOG:::

::: Gunakan Mozila Firefox Browser ::

Terkini Dari DPP Raub.....

>> Wednesday, September 16, 2009

Maaf blogmaster lama menghilang ...insyallah ...Blog Dpp Raub akan kembali ....memaparkan isu-isu terkini politik tanah air

Terkini Dari DPP Raub:


14 FEB- Sekretariat Dewan Pemuda Pas Zon Pahang Barat ( Raub, Bentong, CH, LIpis dan Jerantut telah berjaya menjalankan program Tamrin Qiadi bertempat di Lata Lubuk Semak, Pulau Chekas, Ulu Dong pada 13& 14 Feb 2010. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai oleh lebih 30 peserta dari setiap kawasan.DPP Kawasan Raub telah menghantar seramai 9 peserta. Antara aktiviti yang menarik adalah sukan air, futsal qiadi, dan mandi-manda. Semua peserta amat berpuas hati walaupun masa agak terhad. Program yang 'dirasmikan' oleh YDP Kawasan Raub itu perlu diadakan dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi tarbiyyah di kalangan pimpinan pelapis.

Read more...

UmnOOO ....Usah Bermimpi Laaa..

>> Tuesday, June 23, 2009


Kepada UmNOO ....nantikan gelombang di Manek Urai !!!!

Read more...

Tuan Guru Nik Aziz Tetap Menjadi Pujaan Hati ku!!!

>> Thursday, June 18, 2009






Read more...

Jangan Percaya Provokasi!!!!!!!!

>> Wednesday, June 17, 2009


Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia

KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia
bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam
oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit
mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

Read more...

Macam Permainan Bola Sepak Plak ....

>> Monday, June 15, 2009

terkini:

>>>Nizar, 6 MP digantung sidang parlimen<<<

Tujuh ahli parlimen Pakatan Rakyat , termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Jumlah tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mereka juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai)dan Dr. Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.

Read more...

Terkini:Projek INFAK:Projek Tapak pejabat Kompleks MTD Raub Bandar,Sempalit Dan Sempam

>> Saturday, June 13, 2009

Projek Infak ini sedang mencari penyumbang dana dari seluruh Malaysia yang berminat untuk berinfak .Projek ini akan dijalankan di Raub Pahang .Tanah yang akan dibina seluas 2 Ekar Setengah.

Lokasi : Di Kampung Melayu Sempalit 200 Meter Berhampiran dengan laluan utama By Pass laluan utama ke Kota Bhahru .

Projek ini sedang mencari penginfak tetap

MTD Tras Raub Pahang sedang mencari Penginfak tetap .Jadi Pembaca dan pengunjung Blog DPP inilah masa dan ketika untuk kita berbakti bukan sahaja kepada parti tetapi kepada agama kita .Takbir.

Pejabat komplek yang akan dibina kelak ialah antarnya bangunan PASTI ,2 buah kedai serta pejabat pentadbiran MTD TRas yang terdiri dari Raub Bandar,Sempalit dan Sempam,Raub Pahang

MTD Tras,Sempalit dan Raub Bandar amat-amat mengalu-alukan semua pengunjung blog ini dapat menambah dana akhirat demi kesejahteraan semua .

JIka sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila Hubungi Tengku Amir di talian : 019 - 9322828.

Read more...

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI YEK ORANG-ORANG RAUB

>> Friday, June 12, 2009



Read more...

Marilah Merenung Sedalam-Dalam Apa Yang Tuan Guru Nik Aziz Cakap!!!!!!

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin PAS dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya. Mstar.


Kepada semua pembaca sila komen ......


Tuan Guru Nik Abd Aziz Memuji YB Khalid Samad
HARAKAH keluaran terbaru hari ini menyiarkan wawancara bersama Mursyidul Am Pas Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang telah menjawab berbagai persoalan kontroversi semasa Muktamar Pas baru-baru ini. Saya tertarik dengan pujian yang diberikan oleh Tuan Guru terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Abdul Samad yang berucap selaku perwakilan dari Shah Alam pada muktamar tersebut. (ikuti sedutan ucapan di sini 1 dan 2)Tuan Guru memuji beliau kerana meskipun beliau tidak mempamirkan sebarang bentuk pakaian seorang Ulamak seperti berserban dan berkopiah, namun ketajaman pemikirannya serta hujah-hujah beliau adalah hujah seorang Ulamak. Hujah yang dipenuhi dengan fakta, nasihat serta peringatan terhadap sejarah-sejarah Islam untuk dijadikan pedoman buat Pas, meskipun ucapan YB Khalid kelihatan penuh emosi dan bersemangat. Sememangnya emosi dan semangat beliau bertempat kerana terlalu sayangnya beliau kepada Pas walaupun beliau dilucutkan jawatannya di dalam kepimpinan Pas di Selangor. Teguran beliau terhadap kepimpinan Pemuda Pas juga bertepatan apabila kelihatan nada ucapan Pemuda seiring dan seirama dengan Pemuda Umno. Meskipun YB Khalid MP dari Selangor iaitu sebuah negeri yang kini boleh dikatakan selamat buat PR dan Pas, tetapi beliau terlalu mengambil berat dan prihatin terhadap kezaliman yang berlaku terhadap PR di Perak.Baru-baru ini, rancangan Hujah terbitan TV9 yang menampilkan beliau bersama MB Pahang jelas menampakkan beliau mampu berhujah dengan baik dan tenang sekali. Pas amat beruntung mempunyai tokoh seperti ini walaupun bak kata Tuan Guru Nik Aziz susah untuk melihat YB Khalid memakai kopiah atau bersongkok. Penampilan beliau di Parlimen juga amat bermakna sekali dan beliaulah di antara yang berani dan lantang mencabar MP Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali tatkala Ibrahim Ali memperlekehkan Pas. Beliau tetap akan membela Pas walau di mana beliau berada, itulah kelebihan MP Shah Alam ini.Mungkin nasib tidak menyebelahi beliau dan mungkin beliau juga tidak terlalu gila kepada jawatan, maka Pas masih belum bersedia untuk menerima YB Khalid berada di dalam jawatan penting di dalam Pas. Itu tidak mengapa, asalkan beliau berupaya membantu Pas dari luar agar sentiasa berada di landasan yang betul. Di sebalik ketegasan beliau, YB Khalid adalah seorang yang boleh menerima pandangan orang lain serta bersikap terbuka. Sikap yang suka berterus terang dan tidak `membaling batu sembunyikan tangan' menjadikan YB Khalid adalah salah seorang pemimpin muda di dalam Pas yang mempunyai harapan yang cerah untuk memimpin Pas di peringkat tertinggi nanti.Harapan kita agar beliau terus istiqomah di dalam perjuangannya. Doa kita agar beliau tidak putus semangat untuk terus menegur kepimpinan yang ada ketikanya terlena dan terbabas dari perjuangan. Benarlah kata Mursyidul Am, Ulamak dan profesional saling berganding bahu untuk memperkasakan perjuangan, dan contoh serta bukti yang boleh kita lihat di dalam Pas sekarang adalah orang seperti YB Khalid ini.

Ulasan:

U Memang Power Bro !!!!Gua ikut perkembangan lu dah lame Bro Khalid.....Abang lu orang UMnOOO u plak PASSS memanggg lu Best broooo....lu pimpin la generasi muda untuk bersama dengan PAS ......budak2 muda sekarang biler tgk orang pakai serban jubah diorang takut....bukan gua nak kutuk orang pakai serban jubah .....gua nak citer senario budak2 muda sekrg...gua punb pakai serban jugak ....dan kopiah jugak .....no hal nyeee...tp kena ade orang2 dari PAS yang bleh tarik orang muda ...mat2 rempit ....sokong PAS ...gua dulu respek same itu USt aKHIL HAYY .....OK LAA....

Read more...

Adakah Ini Kebetulan?Kebenaran?Realiti atau mainan propaganda politikus UMnOO...Sama2lah kitas renungkan Tulisan Mohd Sayuti Omar ni...

>> Monday, June 8, 2009

SAYA tidak tahu apakah orang lain juga menyimpan perasaan seperti saya terhadap Pas. Selepas mengikuti muktamar Pas ke 55 pada 5 hingga 7 Jun di Shah Alam dan melihat ragamnya yang terpamir dalam muktamar itu, ada satu perasaan menunjal-nunjal dinding hati saya. Perasaan itulah bimbang dengan keselamatan dan masa depan Pas.

Saya nampak ada semacam arus berlawanan dalam Pas pada masa ini. Walaupun muktamar itu berjalan lancar tetapi ia ada ketengangan di sebaliknya. Apa yang jelasnya ada dua suara besar yang sedang bergelombang dan mencari ruang dalam Pas.

Walaupun Pas sebagai parti Islam dan dihormati sebagai parti yang kuat disiplin, tebal ukhwah Islamiahnya, namun kebanggan ia bukan simpulan mati untuk tidak boleh dileraikan atau akan terombak. Bukan bermakna selamanya kolam atau lautan Pas tenang dan damai. Apabila sudah ada gelombang dan angin ia tidak boleh mengelakkan dari berkocak kuat dan kolam tidak akan bisa menenangkan airnya lagi. Saat ini air akan berombak dan akan terserlahlah kejelekan dalam kolom berkenaan.

Sejarah telah pun menunjukkan Pas pernah berombak dan penah berpecah. Pas pernah menghadapi perbalahan besar yang membawa kepada kemusnahan politik penerajunya. Perpecahan itu ialah kerana perselisihan pendapat dan pemikiran penerajunya ditentang.

Ketika itu belum ada elemen luar mempengaruhi Pas atau
cuba menyusup secara senyap dan memakan Pas dari dalam. Kalau semasa sesama sendiri Pas sudah boleh bergaduh apa lagi kini Pas sudah banyak dirobosi oleh pemikiran asing agenda para parasit serta sedia menerima politik Machiavelliaisme bererti makin terbukalah ruang ‘balah’ dalam Pas.

Apabila Pas dilihat parti besar, berpotensi untuk berkuasa maka ramailah orang yang gila untuk menguasai dan menjadi penerajunya. Ramailah arkitek dan tukang-tukang tilik upahan. Apa lagi muasir ini musuh Pas (Umno) benar-benar gelabah dengan sambutan hangat ke atas Pas. Umno teringin untuk melakukan apa saja bagi mengekang Pas. Tidak pelit kalau mereka juga turut sama menjadi tukang sorak.

Perpecahan paling besar pernah berlaku dalam Pas ialah pada tahun 1982. Ia berpunca apabila presiden Pas, Mohd Asri Muda ditentang oleh ahli pas sendiri. Penentangan itu yang dianggap satu kejadian memalu dan tidak beradab oleh Asri di sepanjang sejarah politiknya menyebabkan beliau keluar parti pada 23 Oktober1982. Beliau membawa bersama puaknya menubuh Hizbul Muslim (Hamim). Ironis, selepas itu Asri terus menyertai Umno yang ditentangnya.

Apakah sejarah itu tidak akan berulang? Ingatlah tiada satu sejarah besar didunia ini mati begitu saja tanpa berulang beberapa kali. Begitu juga sejarah yang perit untuk ditelan Pas itu tetap juga akan berulang bila tiba masa dan waktunya. Sejarah baru umpama jani dalam kandungan seorang ibu yang pasti akan keluar menjenguk dunia apabila tiba masanya! Fitrahnya begitu.

Justeru saya sangat walang dan cemas akan berlaku perulangan sejarah yang tragis ini di sisi Pas. Terasa tidak sanggup untuk melihatnya kerana untuk memperbetulkan keretakannya memakan masa berdekad-dekad pula.

Tanda-tanda adanya ketegangan dalam Pas semasa muktamar itu sangat jelas. Meskipun masing-masing cermat dan
cuba melindungi konflit itu namun ia tetap juga terbau. Ketegangan itu terwajah di mana-mana sahaja baik semasa sidang Dewan Pemuda, Muslihat dan juga Dewan Ulama. Keadaan ini membawa hingga ke hari akhir semasa ucapan penangguhan dan penggulungan.

Yang jelas ada dua suara besar dalam Pas yang bertentangan. Pas terbahagi kepada dua bentuk pemikiran atau kepercayaan atau teori politik yang masih berbentuk awan-awanan. Maknanya Pas sedang berbalah soal apakah anak dalam kandungan itu betina atau jantan.

Satu pihak ialah mempercayai kepada pendekatan politik perundingan dengan sesiapa saja. Pendekatan ini diyakini ianya bertepatan dengan prinsip Islam itu sendiri yang bersedia berunding dengan sesiapa saja. Golongan ini tidak begitu obses kepada kuasa tetapi lebih untuk melaksanakan peranan parti sebagai gerakan Islam.

Manakala satu pihak lagi yakin Pas boleh menguasai negara ini tanpa perlu berdamai dengan Umno. Mereka percaya kedudukan musuh mereka sangat lemah jadi masa inilah musuh perlu dilanyak secukupnya. Dengan sokongan di luar
sana Pas dikira mampu menjadi peneraju kerajaan negara ini. Puak ini tidak memperdulikan kepada prinsip dan dasar Pas berteraskan kepada Islam untuk keamanan semua, tetapi semata-mata melihat dan mahu menerkam kepada kuasa yang masih dalam bentuk fatamorgana.

Sebenarnya pertentangan ini bukan besar atau sukar untuk dileraikan. Keduanya mungkin betul dan mungkin salah. Dipihak yang mahukan atau membuka pintu perundingan dengan sesiapa saja berpijak dibumi nyata. Seperti mana kata presiden Pas, Abdul Hadi Awang ia adalah tuntutan Islam. Berunding itu bukan bermaksud bersetuju untuk sekongkol dengan musuh tetapi mencari jalan penyeslaian demi maslahat bersama. Apakah berunding pun tidak boleh? Ini menunjukkan Pas sebagai parti yang kejam!

Manakala dalam dunia politik yang tidak mengenal kawan dan lawan, pandangan agar Pas bergerak sendiri bersama Pakatan Rakyat tanpa epologitik kepada Umno juga betul. Anggapan Umno tidak boleh dipercayai berdasar sejarah lampau juga betul seperti mana Umno juga beranggapan demikain kepada Pas. Tetapi apakah sejarah itu perlu diprejudiskan selamanya? Di manakah hikmahnya Pas sebagai parti mengajak kepada perpaduan? Kehebatan manusia ialah memberi kesedaran kepada musuh bukannya terus mengangkat lembing kepada mereka.

Keyakinan dan omongan teaori inilah yang kini membentuk dua persimpangan dalam Pas. Sepihak mahu ke kanan manakala sepihak mahu ke kira. Sepihak mahu terus angkat pedang dan sepihak lagi mahu menurunkan pedang ke bawah. Mereka umpama dua ekor anak lembu jantan yang ditambat tali dileher dan saling tarik menarik antara satu sama lain.

Saya melihat pertelingkahan ini mudah untuk reda sekiranya tidak melibatkan personaliti yang ditaksubi , Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi bila Nik Aziz jelas berada disatu pihak dan tidak berdiri ditengah-tengah menyebabkan ketegangan ini berlarutan. Apa lagi Nik Aziz memberi muka kepada satu pihak dan prejudis melampau kepada pihak lain.

Pihak yang tidak bersetuju dengan teori perpaduan berlindung di sebalik keromah Nik Aziz yang dikeramatkan. Nik Aziz yang nyata menyokong mereka. Berlaku keganjilan apabila Nik Aziz dianggap ulama menolak kepada perundingan dan perbincangan. Kedegilan Nik Aziz inilah dianggap beliau sebagai dipengaruhi oleh pihak yang menolak itu.

Dalam hal ini saya rasa Nik Aziz sudah sedikit terlajak, beliau sudah gagal mengawal dirinya sebagai Mursyidul Am Pas. Sepatutnya beliau tidak menunjukkan pertentangan beliau dengan presiden. Samada beliau perlu tegak dengan keputusannya atau sebaliknya, beliau tidak perlu menampakkan ketegangan dan perbalahan itu. Satu penyelesaian secara mesyuawarah perlu dilakukan dan penyelesaian dicapai.
Ada iras-ras Nik Aziz merasakan Pas itu sebagai kepunyaan orang berjawatan Mursyidul Am.

Sebenarnya apa yang berlaku antara Nik Aziz dan Hadi itu, itulah yang ingin disaksi oleh musuh Pas. Mereka sangat suka kalau dua ulama yang berada dalam satu masjid berbalah dan bertengar dan saling lempar melempar serban atau kopiah. Mereka sudah dapat mengagakkan lama-lama kelamaan pertengkaran dan perselisihan faham itu akan mewujudkan dua mazhab dalam Pas. Inilah yang mereka tunggu dan nanti-nantikan.

Tidak dapat ditolak kalau perselisihan ini berpanjangan apa lagi ia dibumbui amarah akan wujud dua mazhab politik dalam Pas. Lebih
malang lagi kewujudan dua mazhab politik akan bertukar menjadi kabilah politik. Kalau ini berlaku ia akan memarahkan Pas.

Inilah, kewujudan dua mazhab politik yang saling menyakini kepada teori omongan itulah yang membimbangkan saya. Tidak mustahil kalau kedua pihak degil ia akan wujud keadaan dua mazhab dalam Pas. Justeru sebelum keadaan menjadi lebih parah dan kronik kedua pihak harus duduk bersama. Berfikir semasak-masaknya. Jalan terbaik kedua teori omongan yang diyakini dimansuhkan untuk menenangkan keadaan. Carilah satu keyakinan atau teori baru bagi merapatkan saf dalam Pas.

Mereka yang kecundang dalam perlawanan baru-baru ini insaflah hal ini. Kekalahan mereka itu menunjukkan majoriti tidak bersedia untuk menerima pandangan mereka buat masa ini. Demi parti mereka kena akur kepada keputusan muktamar. Adalah
malang kalau mereka terus mengapi-apikan agar teori mereka diterima dan teori lain ditolak. Wahal kedua teori itu masih dalam tembuni harapan.
Ini Adalah Tulisan serta pandangan Ikhlas dari Mohd Sayuti Omar..Blogmaster mengambil tulisan dan pandangan beliau ….Supaya Seluruh Ahli PAS dapat memikir,muhasabah dan merenung..sejauh mane kebenaran yang ditulis oleh beliau ini ..kalu ianya mengganggu ruangan minda anda sila hantar komen anda...

Read more...

Terkini:Ceramah-Jika Kelapangan Jemput Hadir.



Read more...

Katak Oh katak ....Entahlah ..Anda Semua Baca lah ...kisah dibawah..

>> Sunday, June 7, 2009

Sekali ini sudah melampau dan tindakan lebih sudu dari kuah apabila Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mendesak Satu kajian secara ilmiah dan akademik perlu dijalankan oleh rakyat Kelantan bagi menilai semula tahap kepimpinan parti PAS di negeri ini selama 20 tahun pemerintahan parti itu. Beliau juga ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Apakah hak beliau untuk campur tangan dalam pentandbiran dan rumahtangga PAS. Tidakkah dia sudah tahu nyawanya sudah hampir sama dengan nyawa ikan, dan beliau sudah tidak ada lagi tempat di dalam PAS. Ditambah dasar tidak mengenang budi dia sudah benar-benar dibenci oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Paling malang UMNO pun bagi saya sangat berhati-hati untuk menerima "raja katak" ini.

Kata Raja katak lagi "Apa yang kita lihat, pemimpin di negeri ini sekarang hanya menghabiskan masa berpolitik sepanjang masa dengan berceramah tanpa henti dan memburukkan pihak lain tanpa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,"

Beliau turut menyarankan supaya rakyat negeri ini lebih celik dan melihat sendiri tahap pembangunan negeri pada masa ini.

Nak termuntah meneliti nasihat raja katak diatas, macamlah dia lebih hebat dari Tok Guru Mursyidul Am yang mampu memberi ceramah setiap minggu di hadapan Peja PAS di Kota baharu sehingga mampu mendidik rakyat kelantan kearah takwa kepada Allah SWT.

Tidakkah beliau sedar pilihanraya ke 12 yang lepas sebenarnya adalah lebih dari kajian ilmiah dan akdemik malah merupakan gambaran dari hasrat yang telah dilahirkan dalam bentuk kertas undi bahawa kepimpinan PAS adalah yang terbaik di Kelantan sehingga dari penggal ke 11 pentadbiran di kelantan yang PAS cuma memiliki kelebihan satu kerusi, telah bertambah dan menyisakan cuma 6 kerusi kepada BN.

Kenyataan Ibrahim tidak lebih untuk mencari populariti dalam keadaan dia sudah bersiap meninggalkan dunia politik yang beliau warnai dengan aksi lompat yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapaun setakat ini.Sumber (C.I)

Read more...

Datuk Paduka Husam..Teruskan Perjuangan...

Read more...

Ukhwah Dan Persaudaraan Adalah Penting-Perjuangan Menegakkan Daulah Islamiah Perkara Pokok...

>> Saturday, June 6, 2009




Kita tidak seperti UMnOOOO ...percayalah .....tuan-tuan fikirlah sendiri ...banyak musuh -mush islam PAS sedang memikirkan bagaimana cara untuk memusnahkan PAS....Marilah kita mantapkan perjuangan kita menentang kezaliman ,menegakkan keadilan ,menentang kekufuran,mendaulatkan islam dan merapatkan ukhwah didalam pakatan rakyat ..Perjuangan kita belum lagi menuju noktah dan penamat..TAKBIR !!!!!
Dari : BLogmaster DPP Raub.


Read more...

TAHNIAH KEPADA SEMUA SOF KEPIMPINAN PAS YANG JALANKAN AMANAH INI DENGAN SEBAIKNYA ...TAKBIR !!!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan kepimpinan parti yang baru, Timbalan Presiden Ust. Nasharuddin Mat Isa (dua dari kiri). Bagi jawatan Naib Presiden YB. Salahuddin Ayub (kiri), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Datuk Mahfuz Omar (kanan) pada Muktamar PAS di Stadium Malawati Shah Alam. (Sumber-Mstar)
Takbir !!!!!

Read more...

SAF KEPIMPINAN BARU PAS .

06 jun 2009

Nasharuddin kekal timbalan presiden

Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi

Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin - 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448

Mustapa juga turut mengumumkankeputusan jawatan timbalan pengerusi tetap yang dimenangi oleh Husin Ismail yang mendapat 609 undi.

Dua lagi calon - Ishak Surin mendapat 200 undi manakala Tengku Puji Tengku Abdul Hamid memperolehi 199 undi.

Jawatan pengerusi tetap dimenangi Abu Kassim Abdullah tanpa bertanding.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam. Malaysiakini.

Read more...

Nozula Mintak Maaf....Ni Video Dia...

>> Friday, June 5, 2009

Read more...

Untuk TOntonan Pelawat Blog DPP Raub...Video Terkini..

Read more...

Siapakah yang akan terpilih ?....Sama-samalah kita nantikan.

05 jun 2009

Lebih 1,000 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam dan Musa Mohamad Sabu yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak.

Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menjelaskan mengikut perlembagaan parti beberapa jawatan penting perlu dipertandingkan antaranya Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, AJK dan Pemeriksa kira-kira.

Beliau berkata, di antara jawatan itu ada yang telah dimenangi tanpa pertandingan antaranya Pengerusi Tetap yang terus dipegang oleh Ustaz Abu Kasim Abdullah tanpa pertandingan.

Selain itu katanya, jawatan Presiden menang tanpa bertanding manakala untuk jawatan Timbalan Presiden terdapat tiga pencalonan, Naib Presiden lima calon dan AJK 54 calon dan hanya dipilih 18 orang. Sementara itu Pemeriksa Kira-kira tiada pertandingan.

Beliau memaklumkan jumlah pengundi 1044 orang termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya dan perwakilan Kawasan-kawasan.

"Saya harap insya-Allah perjalanan pemilihan akan berjalan lancar dan jawatankuasa pemilih memutuskan segala keputusan pengundian akan diumumkan pagi esok," jelasnya.

"sumber cina islam

Read more...

Terkini: Tahniah Ustazah Nurida Mengekalkan Kemenangan Jawatan Muslimat PAS

>> Thursday, June 4, 2009

Nurida Mohd Salleh berjaya mengekalkan jawatan ketua Dewan Muslimat PAS manakala timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan tumpas kepada muka baru.

Nurida mendapat 136 undi manakala pencabarnya Asiah Ali mendapat 100 undi.


Manakala Siti Zailah Mohd Yusof mendapat 142 undi untuk menewaskan Wan Hasrina bagi jawatan timbalan ketua. Wan Hasrina mendapat 90 undi.

Jawatan naib ketua sebelum ini telah dimenangi tanpa bertanding oleh Mumtaz Md Nawi.

Manakala 12 orang yang terpilih ahli jawatankuasa kerja Muslimat ialah Wan ubaidah omar (196), mastura mohamad (173), halimah ali (173),
Aiman Athirah al Jundi (162), Najihatussalehah Ahmad (158), Siti Mariah Mahmud (156), Rosni Adam (155), Azizah Khatib Mat (147), Salbiah Abd Wahab (147), Nurul Huda Yusof Rawa (135), Wardatul Jannah as Sofea (125) dan Fatimah@Zainab Ibrahim (122).

Jawatan pengerusi tetap pula dimenangi oleh Nor Hashimah Deraman yang mendapat 154 undi, menewaskan Noraini hussin yang mendapat 81 undi.

Jawatan timbalan pengerusi tetap pula dimenangi Wan Hamidani Wan Ahmad yang mendapat 162 undi, menewaskan Faizah Ismail yang mendapat 72 undi. Malaysiakini.


04 jun 2009
Nik Abduh antara 12 AJK Pemuda


Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Aziz mendapat undi kedua terbanyak dalam pemilihan ahli jawatankuasa kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Pusat yang diadakan di Taman Melawar hari ini.

Beliau mendapat 194 undi - kurang tiga undi daripada Riduan Mohd Noor yang mendapat undi terbanyak dengan 197 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Dewan Pemuda PAS, Hassan Shukri sebentar tadi.

Turut dipilih ialah Mohd Firdaus Jaafar (176); Mohd Nazri Chik Zain (165); Suhaizan Kaiat (165); Nasir Zakaria (150); Kamal Ashaari (145); Kamalrulzaman Mohamad (139); Khairul Faizil Ahmad Kamil (139); Mohd Adram Musa (135); Abdullah Abdul Karim (127) dan Raja Iskandar Raja Yaacob (120).

Seramai 229 perwakilan telah mengundi hari ini.

Tiga jawatan utama dalam pucuk pimpinan PAS dimenangi tanpa bertanding.

Ketua Pemuda dimenangi oleh Nashruddin Hassan, Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan) dan Ahmad Sabki Yusoff (naib). Malaysiakini.

Read more...

Siaran Langsung Muktamar PAS Kali Ke-55 Selamat Menonton

>> Wednesday, June 3, 2009


Kepada Pengunjung Blog DPP Raub.Jika anda ingin melihat Siaran Langsung Muktamar Pas

Sila Klik Disini >>>>Siaran lansung<<




Tiada siapa sangka PAS kini sangat diminati oleh kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai lebih 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia.Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.Oleh kerana PAS parti Islam maka menjadi kerja mudah kepada Umno sebelum ini, dengan menggunakan isu syariah Islam bagi menakutkan orang bukan Islam kepada PAS. Sedangkan apa yang diburukkan Umno itu secara tidak langsung merosakkan akidah mereka sendiri.Umat Islam masih tidak lupa bagaimana Umno menghasut bukan Islam supaya jangan rapat dengan PAS. Jangan bagi PAS memerintah jika tidak kemaluan kaum lelaki kena potong atau jawi (sunat).`Isu potong' adalah sebahagian isu kecil tetapi memberi kesan yang cukup besar kepada politik PAS. Banyak lagi isu syariah yang berkaitan hukum hakam dan peraturan hidup dijadikan mainan politik Umno bertujuan memburukkan PAS pada kacamata bukan Islam tetapi untuk dihuraikan di sini mungkin panjang.Rupanya `isu potong' bukan perkara kecil walaupun dianggap remeh bagi setengah pemikir lain. Perkara ini dibangkitkan oleh ahli kelab penyokong PAS dari Serdang. Katanya: Saya ditanya orang (India) apakah masuk kelab, nak kena potong??Mungkin pada sesetengah orang ia hanya bahasa sindiran tetapi dari segi sejarah pertembungan PAS dengan Umno, ayat inilah yang menjadi kejayaan kepada Umno selama ini dalam usahanya memutuskan hubungan orang bukan Islam daripada berhubung rapat dengan PAS.Kejayaan dakyah Umno itu cukup berkesan menakutkan orang bukan Islam kepada PAS sejak PAS keluar daripada perikatan kerana Umno menguasai media elektronik dan cetak, cukup pantas dan sukar ditangkis PAS yang hanya bergantung melalui ceramah.Sebaliknya sejak maklumat banyak diperolehi melalui internet, orang bukan Islam mula membuka mata tentang PAS. Segala tuduhan serong terhadap PAS selama ini adalah kekeliruan hasil daripada perancangan rapi Umno.Dr Mujahid dalam usaha menjawab perkara yang dibangkit oleh wakil dari Serdang itu, berkata: 'orang Cina, India, Siam atau Iban, jangan takut menyertai kelab penyokong PAS kerana PAS tidak ada hak untuk mensunatkan orang bukan Islam '. Menurut beliau, PAS berpegang kepada prinsip al-Quran menyatakan kebebasan beragama dan ia merupakan hak masing-masing yang tidak boleh dipaksakan keatas mereka.'Jadi orang bukan Islam jangan bimbang mereka masuk kelab penyokong PAS bukan masuk Islam. Agama hak masing-masing di hati masing-masing,' ujarnya ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil kelab penyokong PAS di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.Program sehari, Sabtu lalu itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Taun Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam ucapan menariknya, Abdul Aziz berkata: 'Antara Melayu, Cina dan India serta kaum lain mereka mungkin 40,000 pupu ' Dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.Hampir 1,000 orang hadir dalam program yang ramai didominasi kaum India. Ini kemungkinan berikutan program tersebut diadakan di Klang iaitu kawasan yang mempunyai keahlian kelab penyokong PAS yang ramai terdiri daripada kaum India.

Read more...

PAS Sudah Ada Calon Di Dun Manek Urai ......

KOTA BAHARU: PAS sudah mengenal pasti calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini, tetapi masih belum mahu mendedahkan nama calon tersebut.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihan raya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan.Pilihan raya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada para perwakilan dalam menentukan calon tersebut. Mstar.


Ulasan:

Insyallah calon yang PAS tampilkan bukan sebarang ....calon ...dan yang passtinya calon ini tidak akan bertukar menjadi calon menjadi seekor katak ...atau pun seekor ungke..ataupun seekor cipan .....mahupun menjjadi seekor ular sawa ....hehehehhe....dan calon juga calon yang PAS akan tampilkan ini semestinya bebas rasuah sex ....mementingkan diri sendiri....pernah sembur red hot cili paper sprayyy....atau calon yang rendah akhlak dan moralnya ...hehehehhe bukan nak kenakan sesape...percayalah calon ini pasti menggunakan slogan dari "Dari rakyat Untuk Rakyat kepada Rakyat Budi Ditabur" Takbir !!!!..korang nak komen sila komen kat post komen ok ..

Read more...

Yang Benar Tetap Benar>>> Dato Norzula Mat Diah(ADUN Paloh) Memohon Maaf Dekat Dato Husam Musa..

>> Tuesday, June 2, 2009

Permohonan maaf yang dibuat Adun Paloh, Norzula Mat Diah kepada Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar pada tahun 2007 disifatkan telah membersihkan nama Husam dan kerajaan negeri Kelantan.

Menurut satu kenyataan peguam Husam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek Norzula telah membuat permohonan maaf secara terbuka hhari ini (Selasa 2 Jun 2009) dalam akhbar Berita Harian di muka C12.

Dalam laporan itu kata Ahmad Shabrimi, suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan Nozula Mat Diah kepada anakguamnya (Husam) dengan menyatakan permohonan maaf tanpa sebarang syarat.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato' Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.

Menurut Ahmad Shabrimi, pada akhir November 2007, dua orang Adun Barisan Nasional, Dato' Nozula Mat Diah dan Adun Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap Husam.

Antara laporan tersebut adalah:

Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Hussam Musa.

Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan PAS mengutip dana.

Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ujar Shabrimi, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen.

Ia juga telah dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan, katanya.

"Tindakan kedua Adun ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum," katanya.

Sehubungan itu, Husam telah mengarahkan pihak peguam yang diwakili Tetuan Saiful Kasri & Associates mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Adun berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad, katanya.

"Akhirnya pihak Adun berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan," katanya.

Dengan notis permohonan maaf tersebut, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas, kata Ahmad Shabrimi.

"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," katanya.

Sumber - 
HarakahDaily.Net


Ulasan:
Kebenaran akan muncul jua akhirnya...walaupun pada mulanya kezaliman yang mendahului ....aku buka balik youtube yang lama2 tgk YB Norzula ni Kat Sidang DUN Kelantan...(aku maleh la nak citer) korang tgk la sendiri ....tp aku nak ckp kt sini ...korang juak2 UMnOOO kene ingat korang akan mati jugak nanti ..korang ada bwk ke duit balak korang..kereta mewah korang ...bini comel korang?udoh2 la yeop wat kemungkaran...kezaliman ....menukor orang sesuke hati dan sebgainya....korang akan mati ,aku akan mati mereka akan mati ...semua orang akan mati ...so lu fikir la sendiri yeop

Read more...

Terkini: Bumbung Stadium Gong Badak ,Terengganu Runtuh




Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Lapor Malaysia kini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. Malaysiakini.

Read more...

Masjid Dan Khutbah

KOTA BHARU, 1 Jun (Hrkh) - PAS tidak pernah menggunakan khutbah Jumaat sebagai medan berpolitik, sebaliknya menyatakan apa yang benar mengikut kaedah Islam.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, memandangkan perjuangan PAS mengikut acuan Islam, menyebabkan isu yang dibangkitkan dalam khutbah Jumaat tidak boleh dipisahkan.

"Sebaliknya pihak tertentu pula mendakwa PAS telah menyalahgunakan khutbah Jumaat bagi agenda politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Bazar yang bernilai lebih RM50 juta akan dibina di tapak bekas kuanters Balai Polis Daerah Kota Bharu yang kini sudah berpindah ke Pengkalan Chepa.

Hari ini Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dilaporkan mendakwa kerajaan negeri menggunakan khutbah Jumaat untuk berkempen menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai depan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, khutbah Jumaat mengandungi lima rukun iaitu memuji Allah, selawat ke atas Rasulullah saw, menyeru bertaqwa kepada Allah dan membaca ayat-ayat al-Quran.

"Antara lainnya Allah Taala menyeru manusia supaya berlaku adil. Keadilan yang Allah minta tegakkan itulah politik. Sedangkan Umno tidak mahu, sebab itulah mereka tolak Islam dan tidak mahu politik Islam," ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan wujud kumpulan Erdogan dalam PAS katanya, beliau gembira sekiranya benar wujud Erdogan kerana Perdana Menteri Turki telah berjaya memalukan pemimpin Israel dalam satu program sebelum ini.

Menurutnya Erdogan berjaya melumpuhkan golongan sekular dan sesat yang menolak Islam.

Sementara itu mengenai pembangunan Bazar Tok Guru katanya, kerajaan negeri mengutamakan peniaga-peniaga kecil yang kini berniaga di pasar Arked Uda dan pasar lama MPKB.

"Kerana itu kita kekalkan konsep perniagaan yang mampu dimiliki semua pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya golongan korporat sahaja. Madinatul Raudhah sesuai untuk peniaga kecil," ujarnya.

Mengenai calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Manek Urai beliau bersetuju golongan ulama dan profesional dipadukan.

Kata beliau biar pun bekas Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob bukan ulama dan profesional, namun beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Kerana kebijaksanaannya juga beliau dapat mengekalkan kemenangan PAS sehingga lima penggal bermula 1986," ujarnya.

 

Ulasan:

Kepada Pemimpin UmNOOO  ….tak payah la nak kecoh  dan bising-bising …..nak carik pemimpin  UmNOOOO yang naik mimbar baca khutbah jumaat payah nak jumpe Maaaaaa…. Dan suwuh jadi imam sembahyang fardhu  …hehehe ada tak ? Lu Olang talak blani munya …..mau ajak hujah pun talikkkkk liliiiii maaa…wa munya kawan aaa sudah tungguuu sama  uuu  manyakkk lamaaa  mmmaa…apa pasat talikkk liliii ..ganttii sama itu abg kotakkkk (ezam ) apa pasat …haiyaaaa …lu fikir sendiliiii laaaa …

 

 

Read more...

Ceramah Tuan Guru Nik Aziz Di Penanti(Guar Perahu)-Renung-Renungkan .

>> Monday, June 1, 2009

Read more...

>>>KHIR TOYO<<<<(Apa dah Jadi )

Mantan MB Selangor, Khir Toyo yang pernah menganugerahkan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang telah dipetik oleh Malaysiakini menuduh PKR adalah parti `gila talak' dan mengamalkan politik `bogeyman' . Mungkin akibat tekanan yang terlalu hebat yang mula dirasakan oleh Mantan MB Selangor yang pernah menerima hadiah jam tangan bernilai RM150,000 ini menyebabkan beliau membuat tuduhan tersebut yang dilihat satu kenyataan yang hambar, tanpa fakta serta melucukan.

Isu jerebu kononnya PKR mengatakan bahawa bencana tersebut adalah akibat dari perbuatan maksiat yang berleluasa. Ini bermaksud bahawa Khir Toyo tidak akan percaya bahawa dengan perbuatan maksiat yang berleluasa, Allah tidak akan memberikan apa-apa balasan di dunia ini seperti bencana-bencana yang sering berlaku. Itu pada beliau mungkin akibat fanomena alam seperti yang pernah dihujahkan oleh Astora Jabat sewaktu Astora berdebat dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi dari PAS. Terbukti Khir berfahaman seperti Astora Jabat Toyo yang menolak samasekali kaitan sebarang peristiwa di dunia ini dengan pembalasan dari Allah SWT. Biarkan Khir dengan iktikadnya itu.

Mantan MB Selangor ini turut mendakwa bagaimana PKR akan menuduh pemimpin BN terlibat hatta di dalam kes bunuh sekalipun. Saya tidak pasti Khir Toyo merujuk kepada kes yang mana satu, mungkin kes yang melibatkan kematian Altantuya. PKR terutamanya DS Anwar mahukan satu siasatan yang telus dan terperinci berkaitan kes tersebut dapat dijalankan. Lebih malang sekali dunia luar juga turut membuat dakwaan dan spekulasi terhadap kes ini yang mana telah memburukkan imej pemimpin kerajaan iaitu pemimpin Bn juga. Persoalannya, mengapa kita sebagai rakyat di dalam sebuah negara yang bermaruah tidak peka terhadap tuduhan sensitif terutamanya terhadap pemimpin kita? Seringkali banyak pihak mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap media-media asing tersebut yang telah memburukkan imej negara kita. Mengapa kerajaan enggan melakukannya demi untuk membersihkan nama pemimpin kerajaan sendiri? Bukankah Presiden PAS sendiri berani mengambil tindakan terhadap media asing yang suatu ketika mendakwa bahawa PAS terlibat di dalam kumpulan pengganas atau Taliban. Hasilnya, media tersebut mengaku kesalahannya dan sanggup memohon maaf kepada PAS dan imej pun PAS dapat dipulihkan.

Berkaitan isu kempen oleh PKR di Dun Penanti baru-baru ini, sememangnya PKR tetap akan menerangkan kepada rakyat apa jua kesilapan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Umno/Bn tidak kira samada Umno/Bn masuk bertanding atau tidak. Ini adalah kerana sebagai sebuah parti yang berjuang untuk rakyat, perjuangannya tidak terbatas selagi rakyat tidak diberitahu tentang kelemahan Umno/Bn di dalam menguruskan negara atau negeri. Perjuangan ini berterusan meskipun tiada pilihanraya kerana usaha penerangan harus berjalan sehinggalah rakyat sedar siapa sebenarnya Umno/Bn. Sekiranya terdapat sebarang kempen atau penerangan yang dilakukan oleh PKR merupakan satu fitnah, sudah tentu pihak Umno/Bn akan mengambil tindakan. Rakyat perlu diberi penerangan berupa fakta dan Umno/Bn juga punyai hak untuk membela parti mereka dari tuduhan tersebut. PKR juga tidak hairan apabila media-media perdana di bawah kerajaan memberikan liputan yang berat sebelah setiap kali pilihanraya diadakan dan perkara ini juga wajar Khir Toyo persoalkan.

Soal undi yang diperolehi oleh calon PKR di Dun Penanti baru-baru ini yang dikatakan sebagai tanda merosot sokongan terhadap PKR, sekurang-kurangnya di dalam keadaan peratusan undi yang terlalu rendah pun PKR mampu mendapat majoriti 5 ribu lebih. Kekurangan undi seribu lebih jika dibandingkan dari pilihanraya umum yang lalu, bukan bererti seribu lebih itu akan beralih kepada Umno/Bn pada pilihanraya akan datang. Merosot undi lebih baik daripada `Tiada Undi' langsung. Tahniah kepada ketiga-tiga calon bebas yang berani memasuki gelanggang dan mereka dilihat lebih `jantan' daripada yang bersilat pulut seorang diri di luar gelanggang.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya secara ikhlas berharap agar tindakan membekukan elaun khas Wakil Rakyat terhadap Khir Toyo serta yang lain-lain yang telah dikenakan penggantungan setahun dari menghadiri Persidangan Dun Selangor diberikan semula. Secara peribadi saya tidak bersetuju kerana selaku Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, mereka berhak menerima elaun tersebut. Wallahu Aklam.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM (Email 1Jun 2009)


Read more...

Terkini Dari PERAK ....

Bersempena dengan Himpunan Aman yang di arahkan oleh Sekretariat pakatan Rakyat Perak, maka dengan ini saya berseru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat Perak khususnya yang berada di Negeri Perak, dan tidak terkecuali kepada yang berminat di seluruh Malaysia untuk kita melaksanakan ibadah puasa sunat hari Isnin.

Pada Waktu maghribnya satu Majlis Tahlil dan Berbuka di adakan di markaz yang ditentukan oleh PAS kawasan masing-masing. Sehubungan dengan itu untuk DUN titi Serong diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong bermula pada jam 6.45 petang.

Acara Selepas berbuka dan Maghrib ialah Bacaan Yassin. Selepas Solat Isya berjemaah akan diadakan solat hajat.

Akhirnya sekali ialah majlis taklimat Isu-isu semasa oleh ADUN setempat dan ketua-ketua parti yang hadir.(Cina Islam)

Read more...

Mansor Angkat Sumpah TKM 1 P.Pinang Rabu

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng malam ini.

Malah ia turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

(Mstar)

Read more...

Terkini Dari Penanti ...Reformasi !!!! Takbir !!!!! Makkal Sakhti !!!!!!...Kemenenangan Yang Sudah Dijangka (PENANTI)

>> Sunday, May 31, 2009

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam...(Sumber Malaysiakini)



Ulasan:
Kemenangan Yang Sudah Dijangka ...Hehehehhe ....ilang lagi duit pertaruhan aku ....sedekah kat blogmaster beli laptop baru baguih jgak ....dah la laptop hard disk konggg nih.....tolong sesape ade nak bagi blogmaster duit nak beli laptop baru ....hehehehe.....kak min bleh tolong kee

Read more...

Takbir!!! Pas Pahang Hantar Pejuang Ke Manik URai

PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS.

"Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya.

Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS Pahang telah mengarahkan PAS kawasan-kawasan menyediakan petugas untuk berjuang di Manek Urai bersama petugas dari negeri-negeri lain.

"Kita menjangka kira-kira 300 orang anggota parti akan bertugas di Manek Urai itu mengikut giliran yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Negeri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan beliau untuk Muktamar PAS Pusat di mana beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

"Perwakilan bebas memilih dan dipilih, kita tiada apa-apa kempen untuk merebut jawatan (walaupun kempen itu dibenarnya selagi ia berada diatas landasan yang sihat).

"Saya menerima pencalonan kerana menghurmati hasrat kawasan-kawasan yang mahukan saya bertandang jawatan berkenaan dalam muktamar kali ini," ujarnya.

Selain Tuan Ibrahim, dua lagi tokoh PAS Pahang yang bertanding di peringkat pusat ialah Ustazah Azizah Khatib Mat dan Dr Hamzah Jaafar.


Read more...

Terkini Dari Penanti

>> Saturday, May 30, 2009

Poster calon PKR dikoyak. Poster Kak Min dinaikkan setinggi tiang letrik di kawasan selekoh Sekolah Menengah Guar Perahu.sumber malaysiakini

Read more...

Renungkan Kata TOK PA ni..

JANGAN PANDANG RENDAH KEKUATAN BN DI MANEK URAI – MUSTAPA - berita hairan


Barisan Nasional akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Julai ini, namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah. 

Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Mustapa Mohamed, berkata walaupun BN turun selaku ‘underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu. PANDANG RENDAH ?... kah kah kah..

Ulasan:


ambo  doh  bose mu tahu dok ....denge apo hok mu kecek tu  mu kalu kecek gege soo  malesiaaa....
rakyat tok buto doh lo ni..rakyat koho banyok doh hok celik mato..celik it...celik buku...celik agamo ....sene bahaso laa celik belako doh .....sene royak rakyat doh ngaji doh ....mu kecek la gapo pung ...doh kalu oghe benci ...oghe benci belako...perkataan mu oghe benci....muko mu oghe benci.....badan mu oghe benci ..jadi belako2 ohghe benci...(mintak maaf kepada orang kelantan kalu saya melakukan kesalahan tatabahasa bahasa kelantan)....

Read more...

ReZeki Jangan DiTolak Musuh Jangan Dicari >>>.hehehehe

Kepada Penduduk Manik Urai kalian akan dapat durian runtuh ..hehehe ,jika ade rumah kosong,bilik kosong tin kosong segala-segala yang kosong apa lagi sewakan bagi je sewa kat gerombolan uMNOOO dan Bee END .........Tapi ingat pesan Tokguru...Orang beri kita ambill .bile pangkoh ...Pangkooohhhh Bulan dehhhh..... Takbirrr!!!!!pesanan kepada petugas-petugas PAS dan pakatan rakyat d Manik Urai nanti ...bertugas lah kita dengan bersungguh -sungguh demi PAS yang tercinta .....Salam Semua.....Takbir!!!

 

Read more...

Terkini Dari DPP Raub

Kepada seluruh penyokong pakatan rakyat Raub dan seluruh pengunjung Laman Blog DPP Raub ini ...Jika ada kelapangan waktu dan ketika sila ke Pautan  Laman Rasmi PRK N41 Manik Urai di menu tepi......Dan Blogmaster juga akan melaporkan perkembangan dari masa ke semasa.TAKBIRR !!!

Read more...

Aku ,Dia dan Wang.....

Pada suatu hari  nabil dan beberapa pemuda berbaju ijauuu sedang minum kupiii(kata orang dong raub pahang) disebuah restoran(nama dirahsikan) kang SB carik plak hehehehe.....sedang asyik minumm...datang sahabat lama yang berbaju keris bersilang ....(hehehehe)datang melepak jugakk nak minummmm bayuk(kata orang banjar)tetiba PEMUDA berbaju keris bersilang berkata kepada pemuda berbaju ijau (ada lambang x silap kawan ada lambang bulan) hehehehe..."aku x sangka la dalam pemilihan PAS ada politik wang "ermmmmmm jawab pemuda berbaju ijoooo ...."mung doh lame ke kenaaal PAS atau mung dok bacee  harakahh?"atau mung bace berita hairan n utusan meloyaaa jeee kata pemuda berbaju ijauuuu.... x dok laaaa ulamak PAS dok same dengan ulamokkk mung hehehhe(jangan marah )pemuda berbajuuu keriss...gini laa guu ....x dok langsung politik wang nih dok supeee mung(pemuda bebaju keris)....aku nak ask u something ....i nak tanyerr u ..u kenal x umno ?tanyer pemuda berbaju ijauu kepada pemuda berbaju keris..jawab pemuda berbaju keris "of course la i kenal" betul ke tanye pemuda berbaju ijauu apa jadi pada ANwar,zaid ibrahim dan lain2 lagi setelah mereka keluar (ditendang)dari UMnooo .....UMnooo tidak kenal mereka kan......so  mung fikir sendiri laaa!!!! terdiam seketika pemuda berbaju keris ....lalu topik ditukar kepada topik BOLA  ......


"So U All Fikir La Sendiri"....Takbir!!!! Reformasi !!!!! Makkal Sakhti!!!!

Read more...

Terkini !!!Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Dun Manik URai

>> Friday, May 29, 2009

KUALA KRAI, 28 Mei : - Suasana pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai kini semakin rancak. PAS akan melancarkan jentera kempennya hari ini di Kampung Manek Urai Baru. 

Pelancarannya dijangka disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 3 petang bertempat di bangunan Pasti. 

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebelum itu Menteri Besar akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Laloh. 

"Pada pelancaran jentera tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian pampasan skim Takaful Kifalah kepada 50 keluarga warga emas yang telah meninggal dunia," katanya di sini. 

Sementara itu Umno juga mulai berkempen dengan naik turun rumah penduduk. 

Seorang penduduk di Kampung Chuchuh Puteri mendakwa petugas Umno terbabit menawarkan mesin menebas dan pam racun secara percuma kepada mereka. 

Katanya, penduduk juga dijanjikan dengan pelbagai bantuan lain dengan syarat memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan. 

Hari penamaan calon pilihan raya tersebut pula pada 6 Julai. Pilihan raya terbabit diadakan berikutan kematian Adun, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.


(Berita asal harakahdaily dan cinaislam)Terima kasih ...Takbir!!! Reformasi !!!!! Makkal Sakhti!!!!

Read more...

Renungkanlah Ayat Al-Quran Ini ....Renung-renungkan Selamat Beramal

[188] Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

[189] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.

Read more...

PRK Manek Urai!!!!

>> Thursday, May 28, 2009

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pula pada 14 Julai.

Semua Petugas-petugas Pakatan Rakyat seluruh Malaysia marilah kita bersatu tenaga menumbangkan UMNOOOOO dan Be End Di Manik Urai Takbir!!!

Read more...

Perhatian !!!!!! Renungan Kepada Pemuda Seluruh Raub Dan Pemuda Malaysia Yang Beragam Islam

Ashabul Kahfi; tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

  1. Untuk mengabdikan diri kepada Allah
  2. Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
  3. Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;
  • Iman yang mantap di dalam jiwa
  • Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya
  • Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu.
  • Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
  • Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.

Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.

Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;

  1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim
  2. Yakin kepada diri sendiri
  3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
  4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
  5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
  6. Sanggup berkorban
  7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
  8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © PAS Kawasan Raub Blogmaster Dewan Pemuda PAS Raub 2009 "Gemilang Islam Dibawah Kepimpinan Ulamak

Back to TOP