:::Ahlan Wa Sahlan / Welcome To DPP RAUB BLOG:::

::: Gunakan Mozila Firefox Browser ::

Perhatian !!!!!! Renungan Kepada Pemuda Seluruh Raub Dan Pemuda Malaysia Yang Beragam Islam

>> Thursday, May 28, 2009

Ashabul Kahfi; tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

  1. Untuk mengabdikan diri kepada Allah
  2. Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
  3. Membantu membangunkan ummah dan negara Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;
  • Iman yang mantap di dalam jiwa
  • Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya
  • Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu.
  • Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
  • Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.

Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.

Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;

  1. Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim
  2. Yakin kepada diri sendiri
  3. Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
  4. Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
  5. Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
  6. Sanggup berkorban
  7. Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
  8. Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun.


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © PAS Kawasan Raub Blogmaster Dewan Pemuda PAS Raub 2009 "Gemilang Islam Dibawah Kepimpinan Ulamak

Back to TOP