:::Ahlan Wa Sahlan / Welcome To DPP RAUB BLOG:::

::: Gunakan Mozila Firefox Browser ::

CERAMAH MENGENAI KEMELUT POLITIK DI PERAK

>> Tuesday, May 26, 2009

Syabas kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang yang telah dengan jayanya mengadakan Forum Perdana – Bual Bicara Peguam pada 23/5/2009 diPejabat MTD PAS, Dong, Raub, Pahang Darul Makmur.

Walaupun hujan turun selebat-lebatnya dari pukul 7.30 malam, namum semangat ahli-ahli panel yang terdiri daripada Sdr Hanipa Maidin (PAS), Sdr YB M Kulasegeran (DAP) dan saya tidak luntur, walau sedikit pun.

Selepas makan malam jam lebih kurang 9.00 malam dirumah Tengku, kami terkejut apabila melihat kehadiran lebih kurang 600 tetamu dari Dong dan kawasan sekitaran memberanikan hujan yang mula renyai. Jumlah telah meningkat ke lebih kurang 1,000 orang apabila hujan berhenti. Dalam jangkaan kami, sekiranya hari tidak hujan, ada kemungkinan jumlah tetamu yang hadir boleh menjangkau 2,000 orang.

Mungkin kehadiran orang ramai, walaupun hujan, adalah untuk mendengar sendiri kedudukan politik Negara, khusunya diPerak, dari prespektif ketiga-tiga peguam yang mempunyai latar belakang politik berbeza namum semangat perjuangan serta visi yang sama.

Forum telah dimulakan dengan mukadinah oleh Sdr Mohd Fadzli bin Mohd Ramli. Seterusnya saya telah diberi peluang untuk mengatakan serba sedikit, dari sudut pandangan saya, siapa atau apa sebenarnya yang telah mencetuskan kemelut politik diPerak.

Forum diteruskan dengan sedikit keterangan akan kedudukan DUN Perak oleh Sdr YB Kula dan seterus Sdr Mohd Hanaipa telah memberi taklimat atas apa yang sebenarnya telah berlaku diMahkamah Rayuan dalam kes Mohd Nizar lwn Mohd Zambry.

Isu-isu seperti isu rampas kuasa diPerak, salahguna kuasa oleh BN, pengaruh tak wajar oleh BN keatas institusi kehakiman dan polis serta agensi-agensi kerajaan telah dibincang dengan hangat.
Dalam masa yang sama satu video yang dirakam dalam DUN Perak juga telah dipertontonkan agar hadirin tidak terpengaruh dengan video yang telah disunting dan diedarkan oleh UMNO baru-baru ini.


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © PAS Kawasan Raub Blogmaster Dewan Pemuda PAS Raub 2009 "Gemilang Islam Dibawah Kepimpinan Ulamak

Back to TOP