:::Ahlan Wa Sahlan / Welcome To DPP RAUB BLOG:::

::: Gunakan Mozila Firefox Browser ::

PAS Sudah Ada Calon Di Dun Manek Urai ......

>> Wednesday, June 3, 2009

KOTA BAHARU: PAS sudah mengenal pasti calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini, tetapi masih belum mahu mendedahkan nama calon tersebut.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihan raya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan.Pilihan raya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada para perwakilan dalam menentukan calon tersebut. Mstar.


Ulasan:

Insyallah calon yang PAS tampilkan bukan sebarang ....calon ...dan yang passtinya calon ini tidak akan bertukar menjadi calon menjadi seekor katak ...atau pun seekor ungke..ataupun seekor cipan .....mahupun menjjadi seekor ular sawa ....hehehehhe....dan calon juga calon yang PAS akan tampilkan ini semestinya bebas rasuah sex ....mementingkan diri sendiri....pernah sembur red hot cili paper sprayyy....atau calon yang rendah akhlak dan moralnya ...hehehehhe bukan nak kenakan sesape...percayalah calon ini pasti menggunakan slogan dari "Dari rakyat Untuk Rakyat kepada Rakyat Budi Ditabur" Takbir !!!!..korang nak komen sila komen kat post komen ok ..

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © PAS Kawasan Raub Blogmaster Dewan Pemuda PAS Raub 2009 "Gemilang Islam Dibawah Kepimpinan Ulamak

Back to TOP